fbpx

Memandu mabuk, Sae-ron mulanya cuba larikan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM SAE-RON

TIADA angin, tiada ribut tiba-tiba hangat mengenai kisah pelakon Kim Sae-ron yang dikatakan ditahan pihak berkuasa akibat memandu dalam keadaan mabuk.

Memetik laporan media Korea Selatan, aktres itu dikatakan memandu dalam keadaan merbahaya sebelum melanggar tembok tepi bahagian jalan di Jalan Hakdong.

Menurut laporan, ketika polis menemui kereta yang sedikit remuk akibat kejadian tersebut, mereka mendapati Sae-ron berada di temoat duduk pemandu dan dalam percubaan hendak melarikan diri.

Kata polis lagi, apabila diminta untuk melakukan ujian pernafasan bagi menentukan paras alkohol dalam badan, pelakon tersebut meminta supaya ujian darah dilakukan di hospital berdekatan.

Pada masa sama, agensi Sae-ron turut mengeluarkan satu kenyataan ringkas yang mengesahkan mengenai kemalangan tersebut.

Tidak setakat itu, selepas berita tersebut tersebar, Sae-ron dilihat terus menutup ruangan komen dalam Instagram dan memilih untuk mendiamkan diri hingga ke saat ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI