fbpx

Korea Utara saran rakyat minum teh halia, berkumur air garam rawat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja menyembur cecair pembasmi kuman pada kenderaan yang membawa bekalan oksigen perubatan di Pyongyang. - EPA

PYONGYANG – Pemerintah Korea Utara mengesyorkan kaedah meminum teh halia dan kumuran air garam buat rakyatnya yang kini bergelut dengan wabak Covid-19, lapor Badan Penyiaran British (BBC) hari ini.

Bagi mereka yang tidak sakit teruk, akhbar parti pemerintah, Rodong Simnun mengesyorkan ubat-ubatan termasuk teh halia dan minuman daun willow.

Minuman panas mungkin meredakan beberapa gejala Covid seperti sakit tekak atau batuk dan membantu penghidratan apabila pesakit kehilangan lebih banyak cecair daripada biasa.

Halia dan daun willow juga melegakan keradangan dan mengurangkan kesakitan.

Tetapi ini bukanlah rawatan untuk virus itu sendiri.

Media pemerintah  baru-baru ini menemu bual pasangan yang mengesyorkan berkumur dengan air masin pagi dan malam.

“Seribu tan garam telah dihantar ke Pyongyang untuk mengendalikan kaedah penyelesaian antiseptik”, lapor agensi berita negara itu, KCNA.

Sesetengah kajian mencadangkan berkumur dan membilas hidung dengan air garam mampu memerangi virus yang menyebabkan selesema biasa.

Namun tiada bukti kukuh bahawa kaedah rawatan itu boleh memperlahankan penyebaran Covid-19.

Stesen televisyen tempatan juga menasihatkan pesakit untuk menggunakan ubat tahan sakit seperti ibuprofen serta amoksisilin dan antibiotik lain bagi menangani simptom Covid-19. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI