fbpx

Kerajaan lanjutkan tarikh permohonan geran inap desa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Tarikh tutup permohonan Geran Padanan Bagi Tujuan Pembaikan Inap Desa (Homestay) di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) bagi tahun ini telah dilanjutkan sehingga 15 Jun.

Sehubungan itu, Motac dalam kenyataannya menyeru semua pengusaha inap desa yang layak untuk segera mengemukakan permohonan geran yang ditawarkan ini.

“Maklumat lanjut seperti Garis Panduan Permohonan, Borang Permohonan dan lain-lain maklumat boleh dilayari di laman sesawang rasmi Motac di www.motac.gov.my/geran-padanan.

“Pemberian geran ini diharapkan dapat membantu pengusaha inap desa di bawah Program Pengalaman Homestay Malaysia untuk terus kekal berdaya saing bagi mempromosikan program ini dalam menarik lebih ramai pelancong untuk datang menginap,” katanya hari ini.

Sebelum ini, melalui Pembentangan Bajet 2022, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM30 juta bagi pemberian Geran Padanan Bagi Tujuan Pembaikan Inap Desa dan Geran Padanan Bagi Tujuan Pembaikan Kepada Hotel Bajet di bawah Motac untuk tahun ini.

Kementerian ini telah membuka permohonan geran pada 1 hingga 30 April 2022 kepada semua pengusaha inap desa yang berdaftar di bawah Program Pengalaman Homestay Malaysia. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI