fbpx

Kemboja arah penduduk henti petik tumbuhan pelik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tumbuhan periuk kera yang berbentuk seperti alat sulit lelaki ini sering menjadi mangsa dipetik orang ramai yang tertarik dengan keunikannya. - Daily Star

PHNOM PENH – Kementerian Alam Sekitar Kemboja mengeluarkan amaran bertulis kepada penduduk agar berhenti memetik tumbuhan berbentuk menyerupai organ manusia yang tumbuh di negara itu kerana ia hampir pupus, lapor akhbar Daily Star UK, semalam.

Bentuk tumbuhan yang menyerupai organ  lelaki itu terlalu menarik perhatian orang ramai sehingga mereka sering memetik, bergambar dan membuangnya begitu sahaja.

“Apa yang anda lakukan adalah salah dan ia tidak sepatutnya dilakukan pada masa hadapan,” tulis amaran rasmi kementerian berkenaan di Facebook.

Dikenali secara rasmi sebagai Nepenthes bokorensis, tumbuhan itu mempunyai persamaan ketara dengan organ manusia.

Ia mempunyai tiub panjang berlubang yang digunakan untuk memerangkap serangga.

Bahagian atas tumbuhan itu melengkung, menjadikannya hampir mustahil bagi pepijat yang terperangkap untuk melepaskan diri.

Ia juga dikenali sebagai salah satu jenis tumbuhan periuk kera kerana memikat serangga melalui nektar yang berbau harum. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI