fbpx

Indonesia enggan terburu-buru isytihar Covid-19 sebagai endemik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tahap disiplin penduduk Indonesia dalam pemakaian pelitup muka dianggap salah satu faktor pengawalan penularan Covid-19. - merdeka.com

JAKARTA – Menteri Kesihatan Indonesia, Budi Gunadi Sadikin memaklumkan republik itu enggan terburu-buru mengisytiharkan wabak Covid-19 sebagai endemik, lapor laman Suara.com, kelmarin.

Menurut Budi, proses menuju endemik perlu dilakukan secara berperingkat dan tidak boleh dilaksanakan sekali gus.

“Indonesia sudah dalam proses menuju fasa endemik, namun ia dilakukan dengan teratur dan perlahan-lahan.

“Pengumuman Presiden Joko Widodo mengenai pelonggaran syarat pemakaian pelitup muka di kawasan terbuka dan ketiadaan ujian saringan Covid-19 adalah antara langkah awal ke fasa tersebut,” kata Budi.

Tambah beliau, ia secara tidak langsung dapat mendidik orang ramai untuk membiasakan diri dengan menjaga protokol kesihatan.

“Semua penyakit berjangkit adalah endemik. Salah satu cirinya adalah setiap individu sudah faham apa itu penyakit, cara menjaga protokol kesihatan dan cara menanganinya jika terdedah,” ujarnya lagi.

Tambahnya Budim, setakat ini tahap disiplin penggunaan pelitup muka oleh rakyat Indonesia sangat tinggi sehingga ini menjadi salah satu faktor dalam mengawal penularan Covid-19. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI