fbpx

Hyo-yeon dedah punca turun berat 9kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HYO-YEON

ANGGOTA kumpulan Girls Generation, Hyo-yeon baru-baru ini mendedahkan punca berat badannya menyusut hingga sembilan kilogram (kg).

Menerusi satu temu bual, Hyo-yeon berkata, sebelum ini dia gagal mengawal nafsu dan pola pemakanan sehingga pernah mencapai berat tidak ideal sekali gus membimbangkan.

“Sebelum ini saya memang obses dengan makanan ringan dan sering kali gemar makan lewat malam untuk tempoh bertahun-tahun lamanya.

“Saya pernah capai berat badan paling tidak ideal dan ini tidak baik untuk kesihatan serta pergerakan saya sebagai selebriti,” katanya.

Menurutnya, selepas tersedar, dia terus berdisiplin dan meletakkan sasaran untuk mencapai berat ideal yang sesuai dengannya.

“Kebetulan saya kena buat promosi bersama ahli lain dalam kumpulan dan saya lihat mereka semua kurus.

“Itulah sebabnya saya betul-betul bersenam dan susut berat badan hampir 10 kilogram,” katannya.

Dalam perkembangan lain, Hyo-yeon baru sahaja membuat kemunculan sebagai penyanyi solo menerusi album pertamanya berjudul Deep 16 Mei lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI