fbpx

Gempa bumi kuat cetus amaran tsunami di New Zealand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gempa bumi besar itu dikesan di Pulau Macquarie. - Alamy

WELLINGTON – Gempa bumi kuat berukuran 6.7 pada skala richter melanda perairan berhampiran New Zealand dan Australia yang mencetuskan kebimbangan berlakunya ombak besar tsunami.

Menurut laporan akhbar The Sun UK, gegaran dahsyat itu berlaku di perairan  Pulau Macquarie, selatan Lautan Pasifik.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS),  gempa yang disemak semula daripada magnitud awal 7.3 itu berlaku pada kedalaman hampir 10 kilometer (km).

Gempa bumi itu pada mulanya mencetuskan amaran tsunami tetapi Sistem Amaran Tsunami AS bagaimanapun menafikan perkara tersebut.

Situasi itu  berlaku ketika Wellington turut digegarkan pada hujung minggu lalu oleh gempa bumi sederhana berukuran  4.7 pada skala richter yang  melanda negara kepulauan itu.

Lokasi gempa itu direkodkan 24 kilometer m ke barat Paraparaumu di Pantai Kāpiti. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI