fbpx

Boonson enggan mendabik dada muncul manusia terpantas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOONSON bergambar dengan papan markah yang tertera catatan masa 10.44s di Stadium Nasional My Dinh.

HANOI – Bintang pecut muda Thailand, Puripol Boonson enggan selesa dengan situasi semasa, sebaliknya berhasrat untuk mencetak masa lebih pantas selepas ditabalkan sebagai manusia terpantas di Asia Tenggara.

Pelari berusia 26 tahun itu mencipta sensasi selepas menjuarai final 100 meter (m) Sukan SEA Vietnam 2021 dengan catatan 10.44 saat (s) di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi kelmarin.

Kejayaan itu menyaksikan Boonson meraih pingat emas hatrik pada edisi ke-31 kali ini selepas terdahulu memenangi 200m dengan rekod baharu Sukan SEA, 20.37s dan 4x100m menerusi masa 38.58s.

“Saya berdepan tekanan yang tinggi sebelum Sukan SEA bermula dan sekarang saya berjaya lakukannya. Segala bebanan saya sudah terasa hilang.

“Sasaran saya tahun ini mahu terus konsisten dengan prestasi ini. Saya juga mahu terus memecahkan rekod peribadi,” kata Boonson.

Kejayaan Boonson itu menamatkan kemarau skuad olahraga Thailand untuk meraih pingat emas berganda 100m dan 200m sejak ia dimenangi oleh Jirapong Meenapra sewaktu edisi 2013 di Naypyidaw, Myanmar.

Sementara itu, gelaran ratu pecut Asia Tenggara menjadi milik atlet Filipina, Kayla Anise Richardson selepas mencetak 11.60s menewaskan Veronica Shanti Perreira dari Singapura (11.62s) dan pelari Thailand, Supanich Poolkerd (11.66s).

“Saya sangat berpuas hati dengan final hari ini (kelmarin). Sekarang saya mahu fokus untuk layak ke Sukan Olimpik Paris 2024,” kata Richardson. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI