fbpx

Beberapa kawasan diramal alami hujan lebat akibat ‘monsoon break’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Situasi ‘monsoon break’ (monsun melemah) boleh menyebabkan ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang terutamanya pada waktu petang.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, meskipun negara sedang mengalami monsun barat daya (MBD), namun hujan lebat dan ribut petir masih boleh berlaku akibat kejadian garis badai di perairan negara.

“Secara amnya, keadaan atmosfera semasa adalah lebih stabil dan kering, menyebabkan kebanyakkan tempat di seluruh negara mengalami bilangan hari tanpa hujan yang lebih tinggi daripada bilangan hari hujan.

“Bagaimanapun, situasi ‘monsoon break’ akan berlaku beberapa kali sepanjang MBD dimana keadaan angin barat daya melemah dan keadaan ini kondusif untuk pembentukan awan hujan dan ribut petir terutama pada waktu petang,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Sementara itu, Helmi berkata, MetMalaysia juga tidak menjangkakan MDB yang ekstrem pada tahun ini yang akan menyebabkan keadaan panas yang berpanjangan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI