fbpx

AS, NATO ‘tunggu masa’ guna senjata nuklear

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Putin pernah dilaporkan tidak berani menggunakan senjata nuklear milik Rusia sendiri keran impaknya yang sangat dahsyat. - Kremlin Press Service

WASHINGTON – Satu laporan mendedahkan bahawa Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) tidak akan teragak-agak untuk menggunakan bom nuklear taktikal terhadap pangkalan tentera Russia di Ukraine, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Laporan dikeluarkan oleh organisasi bukan berasaskan keuntungan, Bulletin of Atomic Scientist itu menyebut bahawa perkara itu adalah tidak mustahil sekiranya serangan nuklear dimulakan oleh Presiden Russia, Vladimir Putin terlebih dahulu.

“Bagi benar-benar menjadi setara dalam senario ini, AS dan NATO perlu menyerang sasaran Russia di Ukraine yang boleh memberikan impak serupa seperti melakukan serangan ke atas Russia secara langsung,” tulis laporan itu.

Laporan tersebut turut mendakwa sekiranya Putin menggunakan senjata nuklear untuk mengubah trajektori pencerobohan yang goyah ke atas Ukraine, AS dan NATO akan mempunyai empat pilihan untuk menyerang balik.

Empat pilihan itu adalah menggunakan senjata nuklear atau senjata terhadap tentera Russia di dalam atau luar Ukraine, melakukan serangan ketenteraan konvensional ke atas pasukan Russia, terus membekalkan senjata kepada Ukraine dan menekan Ukraine untuk menamatkan konflik.

Sementara itu, tambah laporan tersebut, sekiranya NATO kekal memilih menggunakan senjata nuklear ke atas Russia, konflik itu akan berubah menjadi di luar kawalan.

Ia akan mengubah situasi menjadi perang langsung antara Russia dengan AS bersama NATO yang bakal menghapuskan semua pilihan konvensional untuk pengurusan secara diplomatik. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI