fbpx

‘Aquaman’ cilik versi Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar reaksi seorang kanak-kanak lelaki yang tenang ketika menyelam di sebuah kolam.

PETALING JAYA – Kehebatan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun mengawal nafas ketika sedang menyelam di sebuah kolam mendapat perhatian ramai.

Video yang dikongsikan seorang pengguna media sosial @amoibajumerah memaparkan reaksi kanak-kanak tersebut yang dilihat tenang semasa berada di dalam air.

Lebih mengejutkan ramai, kanak-kanak terbabit turut membuka matanya di dalam air kolam tanpa rasa pedih.

Menurut pendedahan yang dibuat pemilik akaun, kanak-kanak itu tidak pernah diajar berenang sebelum ini atau menghadiri mana-mana kelas latihan, namun secara tiba-tiba dia berani melakukan aksi sedemikian.

“Memang cuak lah seab tak pernah ajar ke hantar kelas berenang, selalu dia main dalam bilik air selam kepala dalam baldi sahaja, tiba-tiba dia buat depan-depan,” tulisnya di ruangan komen.

Sementara itu, rata-rata orang ramai turut kagum melihat kehebatan kanak-kanak tersebut.

“Besar nanti boleh mohon anggota Paskal atau penyelam tentera,” ujar @lipanBara30.

“Hebat la awak ini adik, dah macam filem Aquaman, saya yang tua pun pedih mata buka dalam kola, awak memang ‘cool’,” seloroh Hayati.

“Aku pula yang tahan nafas tengok adik ini menyelam,” kata Batrisyiahuda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI