JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang kanak-kanak perempuan meminta ibunya membuang bapanya ke tempat pembuangan sampah kerana bimbang lelaki itu berkahwin lain, lapor laman berita Suara.com.
Video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @anakmamipintar.
Rakaman memaparkan seorang kanak-kanak sedang berbaring di dalam bilik sambil merengek meminta ibunya melakukan perkara sedemikian.
Kanak-kanak itu membuat permintaan tersebut kepada ibunya setelah mengetahui terdapat wanita cantik di tempat kerja bapanya.
Menurut kanak-kanak tersebut, bapanya tidak boleh bekerja dengan wanita cantik kerana risau dia akan menikah dengan rakan sekerjanya.
Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Dia takut bapanya jatuh cinta dengan perempuan cantik itu, dia takut ibunya ditinggal,’’ tulis seorang netizen.
“Overthinking sejak kecil,’’ komen netizen lain. – Agensi