HANOI – Meskipun membuat penampilan pertama pada Sukan SEA Vietnam 2021, namun ia tidak memberi masalah kepada penembak muda negara, Nurul Syasya Nadiah Mohd. Arifin untuk melakukan kejutan meraih emas dalam acara 10 meter (m) air pistol wanita semalam.
Atlet berusia 22 tahun itu mempamerkan persembahan cukup baik apabila berjaya membidik emas dengan 239.3 mata di Pusat Latihan Sukan Nasional Hanoi, sekali gus membutirkan emas ke-35 buat Malaysia.
Lebih manis, Syasya berjaya menumpaskan penembak Olimpik dari Thailand, Tanyaporn Prucksakorn selepas atlet 31 tahun itu hanya melakukan 238.7 mata.
Tempat ketiga menjadi milik penembak Vietnam, Trinh Thu Vinh yang meraih gangsa dengan 214.1 mata. – KOSMO! ONLINE