fbpx

3 pekerja pembinaan melecur, kotak suis terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang melecur 80 peratus selepas kotak suis di tapak pembinaan terbakar

KUALA LUMPUR – Tiga pekerja pembinaan melecur selepas sebuah kotak suis tiba-tiba terbakar di sebuah tapak pembinaan sekitar Jalan Damanlela, Bukit Damansara sebentar tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, ketiga-tiga mangsa merupakan lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 50 hingga 80-an.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.26 pagi sebelum sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul serta Sri Hartamas ditugaskan ke lokasi.

“Berdasarkan laporan pemanggil, kebakaran melibatkan sebuah kotak suis yang berada di tapak pembinaan berkenaan.

“Tiga mangsa telah melecur sehingga 80 peratus pada bahagian badan sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kebakaran telah berjaya dipadam sepenuhnya oleh pasukan bomba.

“Mangsa yang cedera telah diserahkan kepada pegawai perubatan untuk rawatan lanjut dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” jelasnya. KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI