fbpx

Waris banduan kena kanser dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHEE KIONG yang kini sedang dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar akibat kanser.

MUAR – Pusat Pemulihan Akhlak, Jabatan Penjara Muar sedang mengesan waris seorang banduan yang kini kritikal dan sedang dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).

Ketua Inspektor, Noorshahrizan Johar berkata, warga emas dikenali sebagai Chu Chee Kiong, 63, ditahan di Penjara Satelit Ledang pada 21 April lalu di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Dia yang masih bujang kini kritikal akibat kanser yang masih belum diketahui dan telah merebak sehingga ke tulang serta otak. Justeru, pihak keluarga dikehendaki bagi urusan dengan pihak hospital.

“Alamat terakhir keluarga adalah di Jalan Naga 5, Taman Harmoni 1, Johor Bahru dan Taman Merlimau Baru, Melaka,”katanya dalam satu kenyataan.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai waris Chee Kiong boleh menghubungi Noorshahrizan di talian 014-2684711 atau Inspektor Hairul Azhar Osman di 011-31758694.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI