fbpx

Warga emas maut kereta dipandu rempuh tol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba sedang mengeluarkan mangsa daripada kenderaannya di Plaza Tol Taman Rimba Templer, LATAR hari ini.

RAWANG – Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta yang dipandunya merempuh Plaza Tol Taman Rimba Templer, di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) di sini hari ini.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada pukul 11.44 pagi sebelum tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba di tempat kejadian didapati kemalangan berlaku melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 65 tahun.

“Kenderaan tersebut telah merempuh tembok penghadang di pondok tol, bagaimanapun mangsa tidak tersepit,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa berjaya dikeluarkan pasukan penyelamat namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI