fbpx

Wanita cedera cuba disamun gelandangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita cedera di muka dan kepala apabila diserang seorang gelandangan dalam cubaan samun di sebuah pusat beli belah di sini, kelmarin.

KLANG – Seorang wanita cedera di muka dan kepala apabila diserang seorang gelandangan dalam cubaan samun di sebuah pusat beli belah di sini, kelmarin.

Kejadian tersebut berlaku ketika pukul 10 pagi ketika mangsa berusia 30an berjalan kaki sendirian ke pusat beli belah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, berdasarkan siasatan mangsa kemudiannya telah ditendang dari arah belakang oleh suspek sehingga mangsa terjatuh sebelum disamun.

“Suspek kemudiannya telah bertindak dengan memukul mangsa di bahagian muka dan kepala sebelum melarikan diri. Mangsa telah mendapatkan rawatan di Hospital Klang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Tiada kerugian dilaporkan, namun berdasarkan maklumat suspek dikatakan merupakan seorang gelandangan, berbadan kurus, berkulit sawo matang, berambut panjang paras bahu dan dianggarkan berumur 40an,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 393 kanun keseksaan.

Terdahulu, tular di laman sosial seorang wanita dalam keadaan berdarah di muka dan kepala apabila diserang seorang suspek yang dikatakan gila. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI