fbpx

Wang Kelian lokasi panas penyeludupan ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli (dua dari kanan) menunjukkan daun ketum yang dirampas PGA di sebuah kebun getah di Wang Kelian pada sidang akhbar di PB11 Padang Besar, hari ini.

PADANG BESAR – Wang Kelian dikenal pasti sebagai kawasan panas penyeludupan daun ketum susulan kekerapan rampasan daun tumbuhan itu di kawasan tersebut sejak kebelakangan ini.

Terbaharu, lebih satu tan daun ketum bernilai RM30,450 dirampas di kebun getah di Kampung Wang Kelian awal pagi semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 18 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Ramli Wan Salin berkata, pasukan risikannya menemui longgokan bungkusan daun ketum itu ketika melakukan rondaan di lokasi tersebut kira-kira pukul 3 pagi.

“Kita membuat pemerhatian lebih sejam di kawasan berkenaan, namun tiada sesiapa yang datang untuk mengambil daun ketum itu. Kesemua daun ketum seberat 1,015 kilogram (kg) itu kemudian dirampas.

“Daun ketum itu dipercayai dibawa ke situ pada hari yang sama kerana keadaan daun masih segar.” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, jarak lokasi dengan sempadan Malaysia-Thailand hanya kira-kira lima kilometer sahaja memudahkan penyeludup masuk untuk mengambil daun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI