fbpx

Vape perisa dadah MDMA dijual RM150 sebotol terbongkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eng Lai (tengah) menunjukkan dadah jenis MDMA yang dimasukkan dalam vape ketika sidang akhbar di IPD Sentul, hari ini.

KUALA LUMPUR – Taktik sebuah sindiket menjual dan mengedar dadah jenis methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) dalam bentuk perasa rokok eletronik atau ‘vape’ terbongkar dengan penahanan lima individu dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, melalui serbuan pertama, pihak polis memberkas seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun di sebuah kondominium di Jalan Kuching, di sini kelmarin yang disyaki terbabit dengan kegiatan pengedaran dadah.

“Hasil soal siasat terhadap suspek membawa kepada serbuan kedua di sebuah rumah di Petaling Jaya, Selangor, yang disyaki beroperasi sebagai pusat memproses dadah.

“Dua lelaki dan seorang remaja perempuan berusia antara 14 hingga 28 tahun berjaya dicekup, remaja tersebut dipercayai teman wanita kepada salah seorang suspek,” ujarnya pada sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, dekat sini hari ini.

Menurutnya, seorang lagi suspek lelaki berusia 34 tahun ditahan di sebuah kondominium di Jalan Cemur, di sini pukul 11.30 malam tadi.

“Tangkapan dibuat selepas pihak polis mendapat maklumat daripada kesemua suspek yang ditahan berkaitan rakan mereka yang menjalankan kegiatan mengedar dadah di sekitar kawasan Dang Wangi.

“Secara keseluruhannya, kita berjaya merampas sebanyak 4,210 mililiter (ML) dadah sintetik jenis MDMA dan air ketum sebanyak 7,000 ML yang dianggarkan bernilai RM210,570,” katanya.

Jelas beliau lagi, sindiket berkenaan dipercayai aktif sejak tahun lalu dengan menjual dadah di dalam botol perasa ‘vape’ bersaiz 10 milliliter (ML) di sekitar Lembah Klang pada harga RM150 sebotol.

“Hasil tangkapan dan rampasan itu, kita yakin dapat menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI