fbpx

Tidak mustahil ganja boleh digunakan rawat penyakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan tidak menolak penggunaan daun ganja atau kelaziman disebut sebagai kanabis untuk dijadikan ubat alternatif rawatan pelbagai jenis penyakit.

Bagaimanapun, Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, keadaan itu tertakluk kepada kajian klinikal yang dilaksanakan dan mungkin mengambil masa amat lama.

“Kita (kementerian) terbuka untuk sebarang uji kaji tetapi jika betul ada bukti dan kejayaan dari negara lain, tidak mustahil kanabis pun boleh juga dijadikan sebagai ubat baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mewakili menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar  merasmikan Hari Kajian Klinikal dan ulang tahun ke-10 Penyelidikan Klinikal Malaysia (CRM).

Semalam, bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyarankan kerajaan mengiktiraf ganja sebagai antara bentuk perubatan alternatif terbaharu di Malaysia. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI