fbpx

Sultan Kedah perkenan lantik semula 10 Exco

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan Exco Kedah yang dilantik semula.

ALOR SETAR – Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah hari ini berkenan melantik semula kesemua 10 barisan Exco Kedah bagi tempoh dua tahun lagi.

Majlis mengangkat sumpah bagi pelantikan Exco Kedah itu berlangsung di hadapan baginda di Dewan Penghadapan Istana Anak Bukit di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor turut hadir pada majlis tersebut yang bermula pukul 10.30 pagi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim berkata, selain dikekalkan jawatan sebagai Exco Kedah, kesemua mereka juga dipertanggungjawabkan dengan portfolio sama yang dipegang sebelum ini.

Katanya, Muhammad Sanusi kekal memegang portfolio Perancang Ekonomi Negeri, Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Kewangan, Majlis Ekonomi Kedah dan Syarikat berkaitan Kerajaan Negeri.

“Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Chempedak, Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail kekal sebagai Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Inovasi,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI