fbpx

Skuad berbasikal masih dahagakan emas di Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARRIF berpotensi meraih keputusan positif buat skuad berbasikal negara terutama dalam acara kriterium dan ujian masa pada Sukan SEA Vietnam 2021 di Hoa Binh hari ini.

HANOI – Skuad berbasikal negara semakin bersemangat untuk terus mengutip pingat buat Malaysia selepas membutirkan kilauan emas menerusi pasukan berbasikal bukit (MTB) pada Sukan SEA Vietnam 2021 di Hanoi kelmarin.

­Kini tum­puan negara beralih kepada skuad lebuh raya menerusi jaguh berbasikal, Mohamed Harrif Saleh menjelang aksi di Hoa Binh, kira-kira 70 kilometer dari Hanoi.

Pelumba Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) yang turut mendapat sokongan rakan sepasukan TSG, Nur Aiman ​​​​Zariff dan Nur Amirull Fakhruddin Mazuki dilihat mampu me­lakukan sesuatu untuk menjelmakan pingat emas.

“Pastinya semangat atlet berbasikal negara menjulang terutama untuk memburu emas kedua di Hanoi. Mereka bersedia untuk lakukan lebih baik seperti pasukan MTB.

“Jika diikutkan, skuad berbasikal lebuh raya menjalani latihan cukup baik apabila menyertai siri jelajah di Thailand.

“Persiapan rapi itu sedikit sebanyak membantu skuad negara untuk melakukan terbaik menjelang saingan nanti.

“Apa pun kita meletakkan harapan cukup tinggi kepada Harif untuk melakukan kejutan di sini,” kata pengurus pasukan, Firdaus Arshad.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI