fbpx

Semua ahli Twice miliki Instagram peribadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN TWICE

SETELAH tujuh tahun debut, kini semua ahli kumpulan K-pop popular, Twice akhirnya terbuka untuk mempunyai akaun Instagram peribadi masing-masing.

Sebagai hantaran pertama mereka, semua sembilan anggota Twice mula memuat naik foto berkumpulan yang sama.

Meninjau ruangan komen setiap akaun anggota Twice pula, rata-rata peminat meluahkan keterujaan apabila kesemua idola mereka sudah mempunyai media sosial rasmi setelah bertahun-tahun menanti.

“Akhirnya. Kesemua ahli Twice sudah ada Instagram rasmi masing-masing. Kalau sebelum ini, ada akaun kumpulan sahaja.

“Terima kasih Twice. Akhirnya permintaan kami ditunaikan. Banyak kisah dan perkongsian serta kerja-kerja seni yang peminat boleh tahu dengan pantas,” komen peminat.

Terdahulu, Twice yang ditubuhkan pada 20 Oktober 2015 dianggotai Momo, Tzuyu, Sana, Nayeon, Mina, Jeongyeon, Jihyo dan Chaeyoung.

Sejak debut, pelbagai pencapaian yang dicapai kumpulan tersebut termasuklah penganjuran konsert berskala mega di Amerika Syarikat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI