fbpx

Semakan Daftar Pemilih Tambahan dibuka sehingga 17 Jun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Orang ramai kini boleh menyemak Daftar Pemilih Tambahan Bulan April Tahun 2022 (DPT BLN4/2022) yang telah diperaku serta diwartakan hari ini dan dibuka untuk semakan selama 30 hari sehingga 17 Jun depan.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata, DPT BLN4/2022 itu mengandungi nama 40,201 orang warganegara berumur 18 tahun dan ke atas sepanjang 1 hingga 30 April 2022 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu.

“Turut dibuka untuk semakan menerusi DPT BLN4/2022 adalah 9,972 orang pemilih berdaftar
yang bertukar bahagian pilihan raya dan 3,669 orang pemilih bertukar status atau kategori pengundi.

“Warganegara berusia 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 30 April lalu serta mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status diseru untuk menyemak nama mereka dalam DPT BLN4/2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas kenyataan itu, sekiranya mereka mendapati nama tidak disenaraikan dalam DPT BLN3/2022, tuntutan boleh dibuat dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berkenaan.

“Semakan boleh dibuat menerusi pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my; portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my; aplikasi online https://myspr.spr.gov.my; atau hotline SPR di talian 03-8892 7018.

“Pemilih berdaftar yang berhasrat membuat bantahan ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya juga boleh berbuat demikian dengan mengisi Borang D dan hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan,” ujar beliau.

Tambah Ikmalrudin, Borang C dan Borang D boleh dimuat turun dari portal Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my dan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja sepanjang tempoh semakan DPT BLN4/2022.

“Maklumat lanjut mengenai urusan semakan DPT BLN4/2022 boleh didapati dengan melayari portal rasmi SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau hubungi Hotline SPR di talian 03-8892 7018 atau mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI