fbpx

Selangor bakal keluar ruminan ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Selangor bakal  mengeluarkan makanan ruminan atau ternakan sendiri terutama ayam bagi mengawal isu bekalan dan harga pasaran di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Ir. Izham Hashim berkata, ini hasil kerjasama menerusi penyelidikan dijalankan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak dua tahun lalu.

Katanya, kaedah makanan alternatif ayam itu dilihat menunjukkan keberkesanan dan impak positif di Kedah.

“Menerusi program ruminan bersama UKM itu, harga makanan ayam bagi satu kilogram (kg) dapat dikurangkan daripada RM1.70 kepada hanya 70 sen.

“Justeru, kita (kerajaan negeri) memuktamadkan untuk turut menggunakan kaedah sama di Selangor nanti,” katanya ketika ditemui pada majlis Jalinan Aidilfitri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di sini, hari ini.

Pada 25 April lalu, Kosmo! melaporkan kerajaan negeri akan memulakan projek penanaman jagung khusus untuk makanan ayam selepas Aidilfitri bagi mengatasi isu kenaikan harga makanan ternakan itu.

Projek tanaman itu dijalankan atas tanah seluas 400 ekar di Negeri Sembilan manakala 300 ekar lagi di negeri ini. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI