fbpx

Saring Selangor bermula Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Mariah (dua kanan) mendengar penjelasan daripada Datuk Jovian Mandagie (kiri) mengenai Farmasi Jovian Selcare yang dibuka secara rasmi di Unisel kampus Shah Salam, Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Program Saring Selangor di 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) akan bermula Ahad ini bagi membantu membantu rakyatnya mengesan penyakit berbahaya dari peringkat awal.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, antara saringan kesihatan yang ditawarkan dalam program ini seperti penyakit jantung, kencing manis, beberapa jenis kanser dan lain-lain lagi.

“Program ini akan dijalankan di 56 DUN dengan Ijok, Kuala Selangor menjadi lokasi pertama penganjuran Saring Selangor, Ahad ini.

“Kita mahu seramai mungkin rakyat Selangor melakukan saringan ketika program ini dilaksanakan berhampiran tempat mereka tinggal,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis perasmian pusat kesihatan Selgate Healthcare Sdn. Bhd. (Selgate) di Unisel kampus Shah Alam, di sini, hari ini.

Menurut beliau, kesemua hasil saringan akan disimpan kerajaan negeri supaya beberapa program lain dapat dijalankan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI