fbpx

Rayuan kes dadah Farid Kamil ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Farid dan Diana ketika hadir di Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini  menetapkan 23 Mei ini bagi pengurusan kes  rayuan pelakon dan pengarah, Farid Kamil Zahari berhubung rayuannya untuk mengetepikan hukuman penjara sembilan bulan atas kesalahan menggunakan dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC) empat tahun lalu.

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil menetapkan tarikh itu selepas peguam Farid Kamil, 40, Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan bahawa beliau mempunyai kes perbicaraan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

“Saya terlibat dalam perbicaraan kes (Ahmad Zahid) sehingga esok dan dalam kes itu saksi utama akan dipanggil keterangan,” kata peguam itu yang mewakili Farid Kamil selaku perayu. Selain Hisyam peguam Kee Wei Lon turut hadir mewakili Farid Kamil.

Ketika prosiding pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Eyu Ghim Siang tidak membuat sebarang bantahan sekiranya mahkamah menetapkan satu tarikh lain bagi prosiding seterusnya.

Justeru Hakim Abdul Karim menetapkan 23 Mei ini iaitu Isnin minggu depan bagi pengurusan kes rayuan tersebut. Selain Abdul Karim, dua lagi panel yang turut bersidang ialah Hakim Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali dan Datuk Ghazali Cha.

Dalam prosiding hari ini, isteri Farid Kamil, Diana Danielle turut hadir di mahkamah menemani suaminya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI