fbpx

Pusat Kesihatan Selgate pertama di Unisel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin ( kanan) dan Noor Hisham sewaktu perasmian tersebut.

SHAH ALAM – Selgate Healthcare Sdn. Bhd. (Selgate) melancarkan sebuah pusat kesihatan pertamanya dianggarkan bernilai RM3.5 juta di Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutif Selgate, Noor Hisham Mohd. Ghouth berkata, pusat kesihatan tersebut merangkumi sebuah klinik awam, klinik pergigian dan farmasi Jovian Selcare dan makmal diagnostik.

“Pembukaannya adalah hasil kerjasama di antara pihak kami dengan Universiti Selangor (Unisel) selepas terjalinnya memorandum persefahaman (MOU) pada tahun 2020.

“Kos bagi pembinaan pusat ini dianggarkan bernilai RM3.5 juta,” katanya pada majlis perasmiannya di UNISEL kampus Shah Alam, di sini, hari ini.

Perasmiannya telah disempurnakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Jelas Noor Hisham, pusat kesihatan ini akan menawarkan rawatan kesihatan primer dengan caj yang berpatutan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI