fbpx

Program khas RichWorks bantu usahawan bangkit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengasas dan Pengerusi RichWorks, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

PETALING JAYA – RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) akan menganjurkan program 10x Bina Bisnes Berjaya : Bangkit Bisnes Dari Krisis di Setia City Convention Centre (SCCC) pada 4 dan 5 Jun 2022.

Pengasas dan Pengerusi RichWorks, Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata, usahawan yang menyertainya bakal dipersiapkan dengan strategi dan panduan secara langsung bagi menguruskan perniagaan semasa tempoh mencabar ini.

Menurut beliau, program 10x Bina Bisnes Berjaya : Bangkit Bisnes Dari Krisis tersebut ditaja sepenuhnya sempena ulang tahun ke-14 RichWorks.

“RichWorks nak bercakap dengan usahawan, pengasas perniagaan, pengilang, pengeluar tidak kira peniaga mikro, kecil dan sederhana selagi melakukan bisnes dalam pelbagai industri.

“Ini bukan kelas motivasi, ini kelas strategi yang mana mereka akan belajar tentang apa saya lalui di Columbia Business School agar mampu urus keadaan ‘kemarau ekonomi’ dalaman malah luaran.

“Bangsa usahawan akan lebih jelas, nampak dan tahu apa pelan segera yang perlu dibuat sekurang-kurang dapat ‘survive’ dan lagi baik berkembang dalam tempoh mencabar ini,” katanya ketika membuat pengumuman tentang program khas itu dari New York semalam.

Azizan yang berada di New York bagi mengikuti program selama tiga minggu di Columbia Business School berkata, kos menganjurkan program khas itu melibatkan lebih RM1 juta disebabkan kenaikan harga sewa dewan dan sebagainya.

Bagaimanapun, katanya, RichWorks akan terus menyokong usahawan dalam tempoh mencabar ini meskipun ada YouTuber mempersoalkan RichWorks dalam melahirkan jutawan hingga menarik perhatian netizen termasuk artis dan influencer.

“Bagi bangsa usahawan yang tak boleh tidur malam disebabkan bisnes bila memikirkan soal jualan, pelanggan, kos barangan dan tak tahu macam mana nak urus situasi ketika ini, anda dijemput untuk sertai,” katanya.

Dalam pada itu, Azizan memberitahu, RichWorks mahu hanya mereka yang benar-benar bersedia untuk dibimbing selama dua hari menyertai program khas itu dan RichWorks akan mengadakan sesi bonus secara dalam talian.

“Terutama bagi usahawan-usahawan yang hadir program RichWorks secara “virtual” sejak pandemik dua tahun lalu. Untuk keterangan lanjut, bangsa usahawan boleh layari binabisnesberjaya.com,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI