fbpx

Polis cari pemandu BMW ala samseng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar aksi kenderaan BMW yang bertindak ala samseng di Lebuh Raya Persekutuan

SHAH ALAM – Polis sedang mengesan seorang pemandu kenderaan mewah jenis BMW yang bertindak ala samseng jalanan di Kilometer 10 Lebuh Raya Persekutuan.

Ini susulan penularan video berdurasi dua minit 50 saat di laman sosial Facebook sejak Isnin lalu memaparkan aksi pemandu tersebut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, berdasarkan siasatan kejadian berlaku apabila pemandu kereta BMW berwarna putih telah membrek secara mengejut beberapa kali.

“Pemandu BMW tersebut itu dengan sengaja berhenti di lorong kiri dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, Mohd. Iqbal meminta saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Mohd Zulkifli Bin Razak di talian 019-4475767 bagi membantu siasatan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI