fbpx

[VIDEO]Polis buru suspek buang patung sembahyang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video memaparkan seorang lelaki bertindak mengambil dan membuang tokong sembahyang agama Hindu disyaki berlaku di Taman Scientex Senai, Kulai, Johor, 15 Mei lalu.

KULAI – Polis daerah ini sedang mengesan seorang suspek yang bertindak membuang patung sembahyang agama Hindu ke dalam tong sampah dalam satu kejadian di Taman Scientex Senai, di sini 15 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, kejadian itu tular dalam satu rakaman video berdurasi 42 saat yang dimuat naik pengguna akaun Facebook Krishnamoorthy Vichu sehingga mendapat perhatian umum.

“Polis telah menerima satu laporan daripada seorang lelaki berkenaan rakaman kejadian itu pada pukul 4.30 petang, 15 Mei lalu. Kejadian itu berlaku pada pukul 9 pagi dihadapan rumah pengadu yang beralamat di Taman Scientex Senai.

“Pengadu mengesahkan patung sembahyang Dewa Ganesh itu diletakkan di luar halaman rumah untuk tujuan hiasan dan bukannya untuk tujuan sembahyang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Beng Yeow, pengadu juga memaklumkan tiada sebarang kerosakan ke atas patung tersebut dan ia telah diletakkan kembali ke tempat yang asal.

“Salinan rakaman CCTV kejadian telah diambil pihak polis bagi tujuan siasatan lanjut manakala kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI