fbpx

Penghantar makanan mengaku bersalah buat hantaran lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Khair ketika tiba di Mahkamah Sesyen Jenayah, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Tindakan seorang pengantar makanan membuat satu hantaran video dan gambar lucah di laman sosial Instagram membawa padah apabila dia dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.

Muhammad Khair Ma’ani, 25, selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan bersalah bagi dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.

Berdasarkan kedua-dua kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa menggunakan aplikasi Instagram secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan video bersifat lucah dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Kedua-dua pertuduhan itu didakwa dibuat di Blok C, Taman Ungku Tun Aminah di sini, kira-kira pukul 8.50 pagi pada 25 Januari 2020.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Mahkamah kemudian menetapkan 19 Jun ini untuk menjatuhkan hukuman.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI