fbpx

Pasca kontroversi, Kim Seon-ho masih laku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM SEON-HO

PERNAH kehilangan banyak sokongan dan tawaran kerja sejak terpalit kes skandal tahun lalu, Kim Seon-ho bagaimanapun terus bangkit tanpa menoleh ke belakang.

Perlahan-lahan kembali menggerakkan aktiviti seninya, agensi pelakon popular itu, Salt Entertainment baru-baru ini ada memuat naik perkembangan terbaharu Seon-ho dalam Instagram rasmi mereka.

Menerusi foto yang dimuat naik, kelihatan Seon-ho sedang berada di studio bagi menjalani penggambaran sebuah produk pelitup muka berjenama Miima.

Dalam ruangan komen, rata-rata pengikut dan peminat setia lelaki itu menzahirkan ucapan terima kasih kepada jenama tersebut kerana masih memberinya peluang sebagai duta hingga ke saat ini.

“Jenama-jenama lain yang dahulunya bersama Seon-ho semua telah tamatkan kontrak bersama dia. Cuma Miima yang masih setia dan mempercayainya. Terima kasih untuk itu,” tulisnya.

Terdahulu, selepas terpalit dengan insiden bersama bekas kekasihnya, kerjaya seni pelakon drama Start Up itu mula merudum apabila banyak syarikat iklan yang bersamanya sebelum ini bertindak menggugurkan nama dan kontraknya secara serta-merta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI