fbpx

Mayat pendaki warga emas dibawa turun dari Banjaran Titiwangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penyelamat membawa turun mayat pendaki gunung warga emas yang meninggal dunia di puncak Banjaran Titiwangsa.

IPOH – Pasukan penyelamat telah berjaya membawa turun mayat seorang pendaki gunung yang meninggal dunia semalam di puncak Banjaran Titiwangsa berhampiran Kem Kuali.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Perak memaklumkan, operasi tersebut dibantu helikopter Unit Udara JBPM.

Menurut jurucakap tersebut, helikopter bersama tujuh anggota penyelamat itu berlepas dari padang kem Pasukan Gerak Am Ulu Kinta pukul 9.22 pagi.

“Mangsa berjaya diturunkan dengan menggunakan helikopter JBPM pada pukul 1.30 petang tadi. Mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” ujar jurucakap itu.

Semalam, polis menerima laporan kejadian daripada rakan-rakan pendaki yang turun ke kaki gunung bagi melaporkan insiden tersebut di Balai Polis Tanjung Rambutan.

Difahamkan mangsa meninggal dunia sekitar pukul 5 petang.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa berketurunan Cina berusia 66 tahun menyertai ekspedisi itu bersama 10 pendaki termasuk tiga wanita.

Menurut beliau, lokasi kejadian mengambil masa lapan jam pendakian dari kaki Gunung Korbu berdekatan Loji Rawatan Air Ulu Kinta di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI