fbpx

Lelaki cari calon isteri untuk habiskan wang simpanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik Alcindior di laman Instagram. - Ken Alcindior

JAKARTA – Seorang lelaki yang menetap di Pulau Bali, Indonesia menjadi perhatian apabila dia mendedahkan sedang mencari calon isteri untuk menghabiskan semua wang miliknya, lapor portal berita Coconut, semalam.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman TikTok, Ken Alcindior yang merupakan pembuat kandungan digital berpangkalan di pulau peranginan itu mengaku sedang mencari jodoh.

“Perhatian, nama saya Ken dan saya tinggal di Indonesia sejak lima tahun lepas.

“Saya kini sedang mencari calon isteri untuk menghabiskan wang simpanan saya,” ujar Alcindior dalam bahasa Indonesia.

Video Tiktok itu telah menerima 370,300 tanda suka dan 37,400 komen dengan sekurang-kurangnya 10,600 orang telah berkongsi video tersebut.

Alcindior turut membalas beberapa komen yang bertanya berapa banyak wang yang dimilikinya dengan jawapan ‘sangat banyak’ sambil meninggalkan emoji mengenyit mata.

Video yang turut dikongsi di laman Instagram lelaki itu turut mendapat perhatian dengan ramai wanita dengan terbuka menawarkan diri untuk bergelar isterinya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI