fbpx

Klopp terkesan aksi pemain simpanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MINAMINO (tengah) meledak gol penyamaan buat Liverpool sebelum mereka berjaya meraih kemenangan 2-1 ke atas Southampton awal pagi semalam. – AFP

SOUTHAMPTON – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp meng­akui tersentuh dengan aksi yang diberikan oleh beberapa pemainnya yang jarang diturunkan sebelum ini ketika berjaya menewaskan Southampton 2-1 di St. Mary awal pagi semalam.

Pada aksi tersebut, Klopp membuat sembilan pertukaran berbanding pasukan yang menewaskan Chelsea pada aksi final Piala FA tempoh hari dan menyifatkan pemain simpanannya se­perti ‘Ferrari di dalam garaj’.

Southampton terlebih dahulu mencipta kejutan apabila meledak gol pembukaan menerusi Nathan Redmond sebelum Liver­pool meraih dua gol menerusi Takumi Minamino dan Joel Matip untuk meraih kemenangan.

Kejayaan itu sekali gus me­nyaksikan Liverpool kini kembali ketinggalan satu mata di belakang pendahulu, Manchester City dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris berbaki satu lagi perlawanan musim ini.

Minamino membuat penampilan pertama dalam saingan EPL musim ini, manakala tujuh lagi pemain yang disenaraikan Klopp hanya membuat kurang 10 aksi dalam saingan domestik ber­kenaan.

“Ia suatu yang menakjubkan, saya sangat tersentuh dengan persembahan diberikan oleh para pemain. Saya memberitahu mereka selepas perlawanan, bahawa saya adakalanya tidak adil untuk mereka, tetapi terpaksa dilakukan kerana situasi.

“Takumi tidak selalu diturun­kan, Alex Oxlade-Chamberlain juga sama tidak kerap berada dalam kesebelasan utama. Beberapa lagi pemain seperti Harvey (Elliot) dan Curtis (Jones) senasib, tetapi mereka sentiasa memberikan yang terbaik apabila mendapat peluang.

“Membuat sembilan pertukaran dengan prestasi sebegini adalah luar biasa. Kami akan berdepan masalah jika menurunkan pemain yang sama ketika aksi 120 minit final Piala FA lalu,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI