fbpx

Kes Covid-19 meningkat selepas raya, ICU masih terkawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pakar bius, Dr. Hana Hadzrami mendedahkan berlakunya peningkatan kes Covid-19 selepas sambutan hari raya sehingga kadar kebolehjangkitan negara atau R-naught (Rt) meningkat.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, Hana memberitahu, Rt sebelum hari raya hanya 0.53 kemudian kembali meningkat sehingga 1.14 selepas raya.

Bagaimanapun katanya, bilangan kes pesakit serius di Unit Rawatan Rapi (ICU) masih terkawal  dan kebanyakannya tidak memerlukan intubasi serta tidak berada lama di dalam ICU.

“Berlaku sedikit peningkatan kes Covid-19 bagi kategori biasa namun tidak memerlukan penyediaan wad baru untuk menampung kes Covid yang sedia.

“Berbanding pada tahun lepas, pasukan perubatan terpaksa menyediakan wad ICU yang lebih banyak dan perlu bekerja lebih masa. Ia sebuah pengalaman gelap yang kami tak ingin lalui lagi,” katanya di Facebook.

Hana menambah, dengan kadar vaksinasi secara menyeluruh kita dapat kembali kepada kehidupan asal sewaktu sebelum pandemik.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna laman Facebook meluahkan rasa syukur kerana kes telah terkawal dan pada masa sama mereka berdoa agar kes Covid-19 tidak lagi meningkat pada masa hadapan.

“Alhamdulillah, terima kasih Allah ilhamkan pada kami jalan keluar. Bersama-sama kita berjaga-jaga,” tulis Ayman Ahmad.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Muhd Abdul.

“Terima kasih doktor untuk informasi yang dikongsi. Sekurang-kurangnya kami tahu situasi sebenar yang berlaku di hospital,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI