fbpx

Gaji jururawat di Singapura, semahal doktor pakar di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIAN SOON (tengah) menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Majlis Hari Jururawat Peringkat Negeri Johor di Persada Johor, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Johor berdepan dengan masalah kekurangan antara 15,000 hingga 18,000 jururawat di negeri ini setelah ramai yang berhijrah dan bekerja dalam sektor perkhidmatan kesihatan di Singapura.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon berkata, kerajaan Negeri akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bagi membincangkan isu tersebut.

Beliau berkata, kekurangan tenaga kerja itu bukan hanya melibatkan para jururawat malah kekurangan doktor melibatkan beberapa hospital di negeri ini disebabkan menerima tawaran yang lebih baik.

Katanya, ketika ini, nisbah seorang jururawat adalah untuk 297 pesakit berbanding nisbah yang sepatutnya iaitu seorang jururawat untuk 200 pesakit.

“Kita juga menjangkakan lebih ramai akan pergi bekerja di Singapura kerana nilai ringgit yang semakin susut ketika ini. Walaupun begitu saya percaya ramai jurutawat yang masih mahu berkhidmat di negara ini,”katanya selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Jururawat Peringkat Negeri Johor di Pusat Konvensyen Persada Antarabangsa di sini hari ini.

Difahamkan antara sebab jururawat kita berkerja di Singapura kerana menerima gaji menerima seperti gaji seorang doktor pakar di Malaysia apabila sudah ditukar matawang.

Tian Soon berkata, setakat ini terdapat 12,533 jururawat di negeri ini melibatkan 8,777 jururawat yang berkhidmat di hospital kerajaan, 19 berstatus jururawat kontrak dan 3,737 adalah jururawat di hospital swasta.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI