fbpx

Gaduh berebut petak parkir, hantar surat layang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Surat layang yang dimuat naik oleh salah seorang pengguna di media sosial.

PETALING JAYA – Seorang pemilik rumah berang sehingga menghantar surat layang kepada individu yang didakwa cuba merebut petak parkir miliknya di sebuah kawasan perumahan.

Menerusi satu perkongsian di laman Twitter, lelaki menujukan surat layang itu kepada individu yang cuba merampas petak parkirnya walaupun dia telah menanda petak berkenaan.

“Ini parkir orang. Kalau dah letak ‘tanda’ kerusi itu bermakna parkir tersebut milik seseorang. Suka hati nak ambil parkir aku, pandai pula pulangkan kerusi itu ke rumah aku. Cerdik ke bengap?,” luah pemilik rumah itu.

Difahamkan kejadian berebut parkir berkenaan berlaku di salah sebuah kawasan perumahan flat, namun tidak dinyatakan dengan jelas lokasinya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna telah meninggalkan pelbagai komen termasuk daripada penduduk setempat.

“Siapa cepat dia dapat,” tulis Muhammad Shukri.

“Beli parkir itu baru boleh cakap awak punya parkir. Tak letak kerusi pun orang tak berani nak ambil,” komen pengguna lain.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Fasha Ridzwan.

“Yang bengapnya diri sendiri. Duduk flat berlagak macam duduk kondominium mewah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI