fbpx

Ebit Lew lawat Abang Long Fadil di Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit (tiga kiri), Long Fadil (tiga kanan) bergambar bersama sahabat-sahabat jalanan di Singapura.

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ebit Lew kini meneruskan misi dakwahnya di Singapura.

Menerusi perkongsian di Facebook miliknya, Ebit meluahkan rasa sebak apabila dapat bertemu Abang Long Fadil bersama sahabat-sahabatnya di sana.

“Ziarah kasih sayang dan berkongsi nasihat dengan mereka semua. Berat-berat ujian hidup mereka. Ramai betul kawan mereka juga minta doa dan nasihat.

“Di sebelah malam, dapat jumpa kawan di jalanan di sana. Ada satu kumpulan, masing-masing sudah banyak kali keluar masuk penjara sebanyak tujuh kali. Ada disebabkan kes gaduh dan lain-lain,” katanya dalam satu hantaran hari ini.

Ebit berkata, beliau terharu diberikan rezeki untuk berjumpa orang yang baik dan rindukan kebaikan ketika sedang diuji Allah.

“Masa berdoa semua menangis bersama-sama. Ya Allah berjuta rahmat kau beri pada mereka berilah sedikit pada diriku, kabulkanlah doa-doa dan hajat mereka yang baik-ebit,” doa Ebit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI