fbpx

Dua pelatih Puspen lemas ketika mandi tasik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengangkat seorang pelatih Puspen yang lemas di tasik di kawasan Puspen Raub di Raub hari ini.

RAUB – Dua pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Raub lemas ketika mandi di sebuah tasik dekat pusat berkenaan di sini hari ini.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 petang itu, kedua-dua mangsa iaitu Sha’ari Sabri, 43, dan Asrul Abdullah, 37, mandi di sebuah tasik yang terdapat di pusat berkenaan sebelum tenggelam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, bomba yang menerima panggilan pada pukul 3.04 petang bergegas ke lokasi kejadian bagi melakukan operasi pencarian.

“Mangsa pertama ditemukan pada pukul 4 petang pada kedalaman 10 meter manakala mangsa kedua ditemukan pada pukul 4.04 petang pada kedalaman lapan meter.

“Mayat mangsa dibawa naik dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,”katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI