SI cantik Daiyan Trisha sekali lagi mengundang perhatian ramai apabila memuat naik beberapa keping foto memakai dres hitam yang agak terdedah dan menyerlahkan bahagian bahunya.
Disebabkan baju sebegitu, segelintir netizen mula meluahkan rasa kurang senang dengan penampilan Daiyan yang dianggap seksi. Mungkin fesyen sebegitu jauh menyimpang daripada imej umrahnya baru-baru ini yang sopan berselendang dan berjubah.
“Sebelum ini elok bertudung litup. Balik saja ke sini terus tak cukup kain,” komen netizen.
Mungkin jangkaan peminat terlalu tinggi untuk Daiyan. Harap ramai juga yang faham situasi Daiyan, dia tengah popular. Banyak mewakili jenama terkenal.
Daripada mengecam pelantun lagu Penat itu, lebih baik mendoakannya agar terbuka hati untuk bertudung suatu hari nanti.
Hendak berubah pun tidak boleh terlalu mendadak, takut jadi sementara saja.
Sabarlah Daiyan, jangan dilayan sangat kata-kata negatif, boleh murung!
MIZZ LAHAR: Akhirnya Anugerah MeleTOP bakal bersiaran pada 29 Mei ini.