fbpx

Adriana Adnan jarang kongsi gambar suami, ‘evil eye’ ada di mana sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADRIANA ADNAN

KUALA LUMPUR – Pengacara dan pelakon Adriana Adnan menangkis dakwaan segelintir pihak yang menyangka rumahtangganya bermasalah hanya disebabkan jarang berkongsi foto bersama suami di media sosial.

Katanya, suami kurang gemar bergambar malah dia sendiri pun lebih selesa menggunakan Instagram sebagai medium perkongsian mengenai kerja seni berbanding memaparkan cerita peribadi.

“Suami saya bukan jenis ‘social media person’. Dia tak peduli pun apa-apa pasal tunjuk atau kongsi gambar kat Instagram dan sebagainya. Ada pun okey, tiada pun tak mengapa. Sebab itu saya pun kadang-kadang saja kongsi foto berdua.

“Secara asasnya saya manfaatkan medium maya ini untuk bagi fokus perkembangan kerjaya serta momen bersama kawan. Tidak mengapa kita tak tunjuk sangat kebahagiaan sebab ‘evil eye’ ada di mana-mana.

“Lagipun apa yang dipaparkan di media sosial biasanya kita apa yang orang nak tengok. Paling penting kehidupan berumahtangga di belakang (lensa) lebih gembira dan bahagia., itu lebih utama, “ katanya kepada Kosmo! Online

Adriana mendirikan rumahtangga dengan ahli perniagaan, Harez Hazim Azrin pada 31 Ogos 2019.

Dalam perkembangan terbaharu, aktres berusia 27 tahun itu baru muncul menerusi drama bersiri terbaharu Seribu Nina.

Menerusi siri terbitan Infinitus Venture siaran Viu Malaysia tersebur, Adriana menggalas watak sebagai Nina bergandingan dengan Syafiq Kyle sebagai Amar dan Marsha Milan yang juga ejen dan pemburu upahan, Didi.

Berkongsi pula mengenai kisah pengembaraan fantasi itu, katanya buat julung kali dia membawa lapan karakter dalam satu naskah sekaligus secara peribadi memberi kepuasan tersendiri dalam lakonannya.

“Sebenarnya saya datang ke sesi uji bakat fasa kedua projek ini untuk bawa watak lain, namun selepas selesai pihak produksi menawarkan pula karakter Nina yang juga gadis dari dimensi lain.

“Sudah tentu ia tanggungjawab besar kerana bukan saja perlu menjadi orang yang berbeza, dari segi cara bercakap, berjalan mahu pun kostum juga memberikan cabaran sepanjang tempoh tiga bulan kami di set,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI