fbpx

Tak sempat jual empat ekor kambing seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat ekor kambing seludup yang dirampas semasa anggota PGA menahan sebuah lori di Kampung Pohon Tanjong, Jeram Perdah dekat Rantau Panjang semalam. - FOTO IHSAN PGA

RANTAU PANJANG – Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang lelaki dan merampas empat ekor kambing diseludup di Kampung Pohon Tanjong, Jeram Perdah di sini semalam.

Rampasan kambing bernilai RM3,000 itu dilakukan selepas Batalion 9 PGA selepas menahan sebuah lori yang dipandu suspek pada pukul 7.30 malam.

Pegawai Pemerintah Medan PGA, Deputi Superintendan Ismail Sidek berkata, lori tersebut ditahan semasa anggotanya melakukan rondaan rutin menerusi Op Wawasan Kelantan.

Menurutnya, anggota PGA telah membuat pemeriksaan pada bahagian belakang lori itu sebelum menjumpai empat ekor kambing.

“Pemandu lori itu gagal mengemukakan sebarang dokumen sah berkait dengan kerja-kerja membawa dan memindahkan kambing tersebut.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk lori yang dipandu suspek dianggarkan bernilai RM53,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail memberitahu, kambing-kambing tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan dan kes disiasat mengikut Seksyen 36 (1) Akta Binatang 1953. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI