fbpx

Sukan Sea: Nauraj terlepas pingat emas di Hanoi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAURAJ

HANOI – Peluang skuad olahraga untuk terus mengutip pingat terutama dalam acara lompat tinggi gagal direalisasikan selepas Nauraj Singh hanya mampu menuai perak di Stadium Nasional My Dinh.

Pastinya ia adalah satu kekecewaan buat negara selepas Nauraj diletakkan sandaran utama kontinjen Malaysia untuk terus meraih emas dalam acara berkenaan.

Sebagai rekod, Malaysia tidak pernah terlepas pingat emas acara itu sejak Lee Hup Wei memenanginya dalam edisi di Nakhon Ratchasima, Thailand pada 2007.

Nauraj, yang merupakan pemenang pingat emas disi 2013 (Nay Pyi Taw), 2015 (Singapura) dan 2017 (Kuala Lumpur), hanya mampu melepasi ketinggian 2.18 meter (m) untuk berpuas hati dengan pingat perak pada edisi kali ke-31.

Pingat emas menjadi milik wakil Thailand, Kobsit Sittichai, selepas muncul satu-satunya peserta yang melepasi ketinggian 2.21m.

Sementara itu, atlet muda negara, Eizlan Dahalan, 22, memenangi pingat gangsa dalam penampilan pertamanya apabila melepasi ketinggian 2.18m.

Kegagalan itu menyaksikan Nauraj gagal mempertahankan emas dimenangi Hup Wei dalam edisi di Filipina pada 2019 yang mengumumkan persaraannya edisi kali ini.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI