fbpx

Shanghai tamatkan perintah berkurung Jun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEKERJA memakai sut perlindungan diri ketika memunggah kotak dari lori semasa pelaksanaan sekatan Covid-19 di daerah Jing'an, Shanghai pada 13 Mei lalu. - AFP

BEIJING – Penduduk bandar raya Shanghai bakal menjalani kehidupan normal selepas pihak berkuasa merancang untuk menamatkan sekatan pergerakan Covid-19 bermula 1 Jun depan, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Arahan berkenaan bakal menandakan berakhirnya tempoh enam minggu yang sukar selepas sekatan tersebut memberi kesan kejatuhan mendadak terhadap sektor ekonomi dan sosial. 

Timbalan Datuk Bandar Shanghai, Zong Ming berkata, pembukaan semula bandar itu akan dilaksanakan secara berperingkat dan sekatan pergerakan bakal dihapuskan selepas 21 Mei ini.

“Dari 1 Jun hingga akhir bulan, selagi risiko pemulihan jangkitan dapat dikawal, kami akan melaksanakan sepenuhnya kawalan dan pencegahan epidemik, menormalkan pengurusan dan memulihkan pengeluaran serta kehidupan di bandar,” kata beliau.

Menurut pihak berkuasa, fasa pertama peralihan akan bermula dengan membuka semula pasar raya, kedai serbaneka dan farmasi.

Syarikat pengendali kereta api juga akan menambah bilangan kereta api yang tiba dan berlepas dari bandar dan perkara sama akan dilakukan terhadap penerbangan domestik.

Selepas sekatan pergerakan dilonggarkan, perjalanan bas dan kereta api juga akan beroperasi semula di bandar itu.

Dalam perkembangan lain, meskipun Shanghai kelihatan bakal bangkit daripada isu sekatan Covid-19, Beijing terus melaporkan peningkatan kes dan sedang meninjau sama ada strategi yang sama perlu dikenakan di ibu negara China itu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI