fbpx

Pesawah dapat bantuan RM200 selama 6 bulan untuk 2 musim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri Yaakob (tengah) melakukan gimik pengumuman Kadar Dividen Skim Pelaburan Khas Peladang pada Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) ke-48 di Pusat Dagangan Dunia (PWTC) di sini, hari ini. - FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Golongan pesawah negara ini juga akan menikmati bantuan sebanyak RM200 selama enam bulan sementara menunggu hasil tuaian.

Mengumumkan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob berkata, bantuan itu adalah seperti bantuan kepada nelayan dan penoreh sebelum ini.

Katanya, bantuan itu juga akan dibawa pada pembentangan dan kelulusan Belanjawan 2023 pada Oktober ini.

“Saya dah berbincang dengan Menteri Kewangan dan kita bersetuju untuk memberikan bantuan sementara padi dituai iaitu sebanyak RM200 untuk tiga bulan bagi dua musim. Jadi semua enam bulanlah.

“Kita adil pada semua, penoreh dapat, nelayan dapat, jadi pesawah juga dapat. Ini menunjukkan bahawa kerajaan tidak akan lupa jasa petani, nelayan dan juga pentenak,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Nafas ke-48 bagi tahun 2021 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, tanpa nelayan, petani dan penternak kehidupan kita akan sukar, begitulah besar jasa mereka.

Sementara itu, pada majlis sama, Ismail Sabri turut menyaksi pengumuman dividen tahunan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) bagi Skim Pelaburan Khas Peladang (SPKP), Dana Peladang Kebangsaan (DPK) bagi tahun kewangan berakhir 2021 iaitu sebanyak lapan peratus.

Dividen itu akan memberi manfaat kepada hampir 6,000 pelabur dari kalangan ahli Peladang.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI