fbpx

Penunggang motosikal maut bergesel dengan kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang mangsa selepas bergesel dengan sebuah kereta di Jalan Kota Bharu-Machang-Jeli, Tanah Merah semalam. -Foto IHSAN POLIS

TANAH MERAH – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel semasa sedang memotong sebuah kereta yang dipandu seorang warga emas di Jalan Kota Bharu-Machang-Jeli, Batu 7 di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa, Wan Said Wan Ahmad, 54, mengalami cedera parah pada kepala sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tanah Merah di sini selepas lebih dua jam menerima rawatan kecemasan.

Ketua Polis Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Wan Zulfikri Wan Othman berkata, siasatan mendapati, mangsa menunggang motosikal jenis Honda Wave dan sedang dalam perjalanan ke rumah anaknya di Kuala Krai.

Katanya, semasa tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah kereta jenis Perodua Axia yang dipandu seorang wanita berusia 67 tahun.

“Mangsa dikatakan sedang memotong kereta terbabit melalui sebelah kiri jalan. Insiden itu menyebabkan mangsa melambung sebelum jatuh di atas jalan raya.

“Saksi kejadian turut memaklumkan topi keledar yang dipakai mangsa turut tercabut semasa lelaki itu jatuh,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Wan Zulfikri berkata, mangsa dibawa ke Hospital Tanah Merah di sini untuk rawatan lanjut namun, disahkan meninggal dunia kira-kira 12.30 tengah hari.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI