fbpx

Pengutip besi selamba ‘rembat’ barang orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar situasi ketika seorang individu tampil memarahi kedua-dua pengutip besi dan meminta mereka segera memulangkan semula besi yang dicuri

PETALING JAYA – Tindakan dua individu asing yang dipercayai pengutip besi buruk dan barangan terpakai dikatakan telah mengambil besi-besi khemah niaga orang lain tanpa meminta izin terlebih dahulu.

Difahamkan, ia bertujuan untuk dijual bagi mendapatkan pulangan yang tinggi.

Menerusi video yang dikongsikan pengguna media sosial, Ariff Ahsan seorang individu yang dikenali sebagai ‘Kak Long’ memarahi kedua-dua pengutip besi berkenaan kerana berang dengan tindakan mereka itu yang berkelakuan seperti pencuri.

“Habislah besi orang niaga depa angkut jual, nasib baik Kak Long cepat bertindak,” katanya.

Sementara itu, dalam rakaman tersebut, individu terbabit bertegas meminta pengutip besi berkenaan segera memulangkan semula besi tersebut ke tempat asal serta beberapa barangan lain yang disyaki hasil curi mereka.

“Lain kali jangan nak masuk taman orang, hang (kamu) pergi ambil semua barang yang ambil itu, pergi hantar semula,” tegasnya.

Sementara itu, sebagai jaminan, individu tersebut menyimpan dompet dan kad pengenalan pengutip besi berkenaan buat sementara waktu sehingga mereka selesai memulangkan semula barang yang diambil.

Selain itu, individu tersebut turut mengugut mereka berdua untuk dibawa berjumpa penduduk taman.

Gara-gara risau dengan ugutan tersebut, kedua-duanya dilihat berjanji akan memulangkan semula besi yang telah diambil serta tidak lagi memasuki taman perumahan tersebut.

“Demi Allah kami tak masuk dah, saya janji akan pergi hantar semula,” kata salah seorang pengutip besi.

Sehubungan itu, pelbagai reaksi turut diberikan oleh orang ramai dan ada yang berpendapat agar setiap peniaga khususnya tidak membiarkan khemah atau besi khemah ditinggalkan begitu sahaja kerana boleh menyebabkan kecurian. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI