fbpx

Penggodam dakwa ada data peribadi 22.5 juta rakyat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Beberapa laman berita teknologi melaporkan kumpulan penggodam mendakwa mempunyai butiran peribadi 22.5 juta rakyat Malaysia daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk dijual.

Pangkalan data pertama untuk dijual didakwa mengandungi 22.5 juta rekod yang diperoleh daripada Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API) MyIdentity JPN meliputi populasi dewasa di Malaysia.

Antara butiran yang bocor ialah nombor MyKad, nama, tarikh lahir, alamat rumah, jantina dan nombor telefon berdaftar milik mereka yang lahir antara 1940 dan 2004.

Memetik laporan sebuah portal teknologi dan telekomunikasi pada Selasa, penjual data itu mendakwa sebagai pihak yang sama di sebalik penjualan data peribadi milik empat juta rakyat Malaysia tahun lalu.

“Untuk menarik minat pembeli, penjual itu menyiarkan butiran peribadi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin bersama penyenaraian jualan untuk membuktikan pemilikan set data 160GB yang malah mengandungi gambar digunakan dalam MyKad.

“Keseluruhan pangkalan data bersaiz 160GB itu dijual dengan harga RM43,903 dalam bentuk bitcoin,” kata portal tersebut.

Beberapa minggu sebelum itu, penjual sama dilaporkan menyiarkan tawaran untuk menjual pangkalan data yang didakwa mengandungi maklumat 802,259 rakyat Malaysia yang diperoleh daripada laman web SPR.

Penjual terbabit menjual gambar sebenar kad pengenalan serta imej elektronik Kenali Pelanggan Anda (eKYC) individu yang mengambil swafoto sambil memegang kad pengenalan mereka.

“Melihat laman web SPR, imej ini digunakan untuk tujuan pengesahan semasa mendaftar sebagai pemilih baharu. Seluruh pangkalan data termasuk foto eKYC bersaiz 67GB dan mereka menjualnya dengan harga RM8,780,” kata portal lagi.

Hamzah pada tahun lalu memaklumkan, JPN mengesahkan tiada kebocoran data, susulan dakwaan berlaku penjualan data peribadi milik empat juta rakyat Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI